Anak Gunung Training & Motivation

Anak Gunung Training & Motivation
Menilai kehidupan dari sudut yang tersembunyi..

UKHUWAH INI MEMBERI SINAR

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh..

Awal bismillah pembuka bicara.. Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada semua..

21, 22 & 23 Disember 2013.. Seorang sahabat Faqih semasa di sekolah menengah dulu mengajak Faqih untuk sama-sama menjayakan program KEM REMAJA ISLAM yang diadakan di Sungai Biru, Lohan Sabah.. Faqih yang bosan dengan percutian yang terlalu panjang tanpa pengisian ini terus bersetuju.. Tanpa mengenali sesiapapun yang turut terlibat dalam kem tersebut, Faqih bertolak seawal jam 7 pagi ke perhentian bas di Pekan Kundasang menuju ke Pekan Ranau.. Sebelum bertolak keluar dari rumah, Faqih sempat mencium tangan mak..Memohon agar perginya Faqih 3 hari direstui oleh mak dan ayah..Memohon agar Faqih didoakan supaya Faqih dapat menimba ilmu yang baru di sana.. Faqih bertolak ke Pekan Ranau dengan hanya berbekalkan RM30.. Niat Faqih, apabila tiba di Pekan Ranau nanti bolehlah Faqih mengeluarkan sedikit wang kat mesin atm kat sana.. Setibanya di Pekan Ranau, Faqih membayar RM 4 sebagai tambang bas..Bakinya tinggal RM 26 lalu Faqih lekas ke kedai dan membeli sepasang selipar berharga RM19.00 .. Tinggallah duit Faqih RM7.00..Faqih kemudian menuju ke bank CIMB dengan niat nak keluarkan wang.. namun Faqih terkejut apabila wang yang berbaki RM70.00 itu tidak boleh dikeluarkan.Faqih cuba lagi..Tetap tak boleh..Faqih mengusung beg Faqih ke bank lain..Masih situasi yang sama..Tetap tak boleh.. Akhirnya Faqih terduduk berfikir..Hampir Faqih berputus asa..Faqih hampir menangis tapi Faqih sembunyikan dalam hati.. Faqih call mak..Faqih kata mungkin Faqih akan patah balik ke rumah sebab duit Faqih takde.. Mak diam je.. Tak lama selepas Faqih bercakap dengan mak melalui telefon, mama (mak angkat) Faqih menghantar sms bertanyakan samada Faqih dah sampai ke tapak kem atau belum.. Faqih jawab belum. Faqih kata nak balik. Mama terus call.. Akhirnya terpaksa Faqih berterus terang.. Mama kata mama bank inkan RM100.. Allahu.. Faqih terharu..Faqih beritahu mak kat rumah..Faqih kata jangan risau, Faqih akan teruskan perjalanan..
Faqih betulkan niat.. Faqih berdoa supaya Faqih mampu untuk sampai ke sana.. Ujian demi ujian Faqih hadapi.. Untuk ke tapak kem tersebut, Faqih terpaksa menunggu bas selama lebih kurang setengah jam.. Dengan panas terik.. Cukup dengan beg pakaian Faqih yang Faqih usung ke hulu ke hilir.. Hampir patah semangat Faqih namun Faqih kuatkan hati.. Allah itu Maha Mengasihi.. Betul tak??
 Alhamdulillah, Faqih berjaya dapatkan bas terakhir ke Lohan dengan tambang RM 3.. Akhirnya Faqih sampai ke destinasi beberapa minit sebelum jam 11 pagi..

SubhanAllah.. Tapak kem tersebut sangat indah pada pandangan Faqih.. Dihiasi dengan phon-pohon menghijau..Kolam-kolam ikan dan Faqih terdengar deras aliran air sungai yang mengalir.. 
Faqih bertemu dengan sahabat-sahabat yang mana..MasyaAllah.. Setiap saat berbicara tentang ilmu..Setiap detik mereka berbicara berkongsikan hadis dan medium dakwah.. Allahuakbar.. Selama 3 hari di sana, Faqih tak pernah mendengar sepatah pun kata-kata yang menggores hati mahupun kata-kata yang tiada manfaat.. Terlalu berbeza dengan suasana dunia Faqih di luar sana yang mana setiap perkataan manusia disertakan dengan ego dan kesombongan..Diiringi dusta dan dosa-dosa.. Betapa pada ketika itu Faqih terlalu ingin untuk bersujud syukur kepadaNYA.. 
Sekali lagi Faqih merasa terlalu kecil apabila tiba sesi taaruf..Yang mana ahli usrah Faqih datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza termasuklah bakal pemimpin sekolah..pelajar-pelajar sekolah agama..adik-adik yang baru berusia seawal 10 dan 14 tahun dan juga seorang hamba Allah yang baru memeluk Islam dan sanggup menjadi peserta pada usia 26 tahun semata-mata ingin mencari apakah Islam dan apakah yang ada di dalamnya?? Faqih sekali lagi hampir menangis.. 
Peristiwwa yang sangat Faqih tersentuh ialah apabila seorang hamba Allah ini ingin mengaut nasi ke pinggannya..Namun tiba-tiba pinggan itu terjatuh dan makanan yang ada di dalam pinggan tersebut habis tertumpah di atas tanah.. 
Dari mulutnya terus berkata : "Allah..Mungkin aku telah berbuat sesuatu yang tidak diredhai oleh Allah" 
bayangkan perasaan Faqih.. Terlalu banyak perkara yang Faqih pelajari sepanjang 3 hari di sana yang mana terlalu sukar untuk Faqih luahkan..Benarlah kata orang.. Apabila kita semakin belajar..Maka kita akan tahu betapa bodohnya kita.. 


Wallahu a'lam..

PUISI AKU SI DAIF UKHRAWI

Aku masih berdiri..
Aku bingung memilih jalan..
Disetiap pilihan punya propaganda sendiri..
Menggugat jiwaku, kerana aku hanya seorang daif..

Di kala aku mengatur langkah..
Tanganku terkapai, mencapai teguh..
Mencari kekuatan, hanya itu pintaku di sembah sujudku..
Di saat aku diterjah hujah..
Bibirku kelu, lidah terkunci..
Masih belum mampu menjadi seteguh batu di tepi lautan..
Yang kukuh bertapak walau dihempas ombak..
Masih belum mampu menjadi seperti lalang..
Biar dilanda ribut, esok hadir mentari, kembali ia melenggokkan tarian alam..

Ingin sekali aku... Berdiri di podium ummah!
Menzahirkan sayang, melahirkan cinta..
Pada saudara, pada 'kekasih kita'
Bersuara fisabilillah, menanggung amanah di atas pundakku..

Setiap detak nadiku mengalir semangat ''Muhammad"
Setiap nafasku menghadirkan "DIA" , Allahuakbar!
Setiap titis air mataku..
Mengharap keampunanNYA kerana aku masih daif
Biar setelah begitu lama aku mengaut nikmatNYA..

Aku akan selalu terus meredah arus..
Menembusi segala tembok penghalang..
Untuk aku menjadi 'kaya' dan keluar dari kepompong ke'daif'an ini..
Kerana kaya akan ukhrawi
Adalah pelindung pada ke'daif'an ini
Saat jasad menghadap Robbul Jalil ..

BAYI DIBUANG - ANTARA MARUAH, KEHORMATAN DAN IHSAN

Assalamualaikum.. Faqih begitu tersentuh melihat poster yang Faqih temui di laman sosial ini.. "Sayangi Daku..Jangan Jadikan Daku Seperti Bangkai Binatang" .. Itulah ayatnya.. Seolah-olah designer poster in meletakkan diri dan perasaannya benar-benar pada tempat seorang bayi yang tidak berdosa, memohon agar jangan dinafikan haknya untuk melihat dunia.. 
Kita semua dituntut untuk meyantuni fitrah manusia namun apa yang kita semua kesali, kini, fenomena BUANG BAYI ini seringkali menjadi muka hadapan akhbar. 
Setiap kali Faqih melihat dan membaca akhbar mahupun menonton berita dan laman-laman sosial, sangat meruntun hati apabila melihat gambar-gambar bayi yang sudah tidak bernyawa, bayi yang ditemui mati di hutan belukar, di dalam loji najis, di kawasan pelupusan sampah dengan keadaan reput.. Dihurung semut malah ada yang dijinjing oleh anjing.. Allahuakbar!! Bukankah jasad kecil itu juga merupakan manusia??? Yang juga makhluk Allah?? Bagaimana begitu sanggupnya manusia kini membuang bayi yang dikandung sembilan bulan tanpa rasa ihsan? Di manakah hilangnya naluri kemanusiaan, di manakah perginya fitrah suci naluri seorang ibu dan dimanakah lesapnya kebijaksanaan akal yang dikurniakan oleh Allah?

Faqih tertanya-tanya.. Apakah sebenarnya penyebab utama yang membuatkan seorang ibu itu untuk membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan dari rahim mereka sendiri?? Bayi dibiarkan begitu sahaja sehingga menyebabkan kematian tanpa berpeluang sedikitpun untuk menikmati kehidupan dan masa depan yang baik.

Mungkin si ibu lupa akan Allah yang MAHA MELIHAT
Mungkin si ibu lupa pada dasyhatnya perhitungan di mahsyar kelak

Walaupun Faqih baru berusia 20 tahun.. Belum pernah menjadi seorang ibu tetapi Faqih tahu.. Dan Faqih yakin pada naluri keibuan yang akan ada pada Faqih suatu hari nanti.. Malah Faqih banyak bertanya pada bonda kesayangan Faqih.. Bahawa bonda selalu bercerita :

Ibu akan merasa kelainan seperti loya-loya seawal 2 bulan pertama seorang ibu itu hamil..
Seawal 20 minggu kehamilan, si ibu akan merasakan gerakan pada janin yang mana itulah yang membuktikan akan kehadiran seorang manusia kecil di dalam diri seorang ibu..Dengan adanya naluri keibuan yang dikurniakan Allah kepada para wanita, maka akan timbul rasa sayang dan dan ikatan kasih yang sukar digambarkan antara ibu dan kandungannya.. Itulah kekuasaan Allah!
Namun, bagi para wanita yang hamil di luar taraf sah, dilema pasti melanda diri mereka.. Mereka dibayangi pelbagai persoalan ::

"Siapa yang pelu diberitahu?"
"Bagaimana penerimaan orang sekeliling??"
""Apa yang harus dilakukan?"

Dan banyak lagi.. Betapa banyaknya tanggungan fizikal, emosi dan spiritual seorang wanita yang mengandungkan anak tidak sah taraf@anak luar nikah ini..

Namun begitu, masyarakat kita pada waktu ini masih lagi berpegang teguh kepada budaya Timur yang mana, maruah dan kehormatan diri dan keluarga menjadi pokok utama kepada kita untuk dipertahankan.. Mungkinkah inilah dia penyebab ramai remaja yang menyembunyikan kehamilan mereka dari pengetahuan keluarga lalu nekad melahirkan bayi tersebut seorang diri kemudian membuang bayi tersebut yang dianggap sebagai bukti mereka telah melakukan maksiat..

Pandangan Faqih.. Yang telah berlalu, biarkan berlalu. Masih panjang perjalanan di hadapan.. Itu adalah urusan mereka (ibu yang membuang bayi mereka) dengan Allah.. Dan tugas kita sebagai saudara sesama Islam dan masyarakat bukanlah untuk mengutuk, menghina atau mencaci tetapi berilah sokongan moral dan bimbinglah mereka untuk bertaubat dan hidup dalam aqidah yang soleh/solehah agar mereka kenal sesungguhnya Allah itu MAHA PENGAMPUN dosa..Begitu juga dengan para lelaki yang telah menghamilkan para wanita di luar nikah.. Mereka juga harus disedarkan dengan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin ummah tanpa memulaukan mereka.. 

InsyaAllah.. Sama-sama kita menjaga kehormatan diri, agama, keluarga, bangsa dan negara.. 
Kita mampu mengubahnya!