Anak Gunung Training & Motivation

Anak Gunung Training & Motivation
Menilai kehidupan dari sudut yang tersembunyi..

TALIAN HAYAT UNTUK GAZA & PALESTINA


Ayuh!! Kita bantu saudara-saudara kita di Palestin dan Gaza.. Untuk cara-cara menyumbangkan sebarang jenis bantuan, sila klik link di bawah ini..
"Sesungguhnya tidak berkurang harta kekayaan seseorang itu apabila dia bersedekah"

Facebook : https://www.facebook.com/AmanPalestinOfficial


Kalau dulu..
Selesai tamatnya kuliah-kuliah di sekolah..
Anak-anak berlarian..
Menerpa ibu yang setia menanti di hadapan pintu rumah..
Anak kecil menjerit
"Ummi.. Ummi masak apa untuk makan tengahari?"
Kalau dulu..
Seusai waktu seharian di pejabat-pejabat..
Ayah lekas pulang ke rumah..Syurga baginya..
Yang mana di sana isteri solehah tersenyum menyambut kepulangan ayah..
Yang mana di sana ada anak-anak..permata hati ayahanda..
Pengubat lelah dan lesunya pada dunia..
Di sana.. Ada para jemaah bagi ayah..
Untuk mengaminkan doa ayah seusai solat..
Namun hari ini...
Sahabat-sahabat ayah syahid di bawah runtuhan bangunan..
Ayah tidak lagi ke pejabat..
Ayah tidak lagi bertali leher..
Tapi kini ayah berbaju laskar..
Dengan celoreng di wajah..
Urat di tangan timbul mengangkat senjata..

Begitu teguh ayah..
Biarpun rumah yang dulunya bagaikan syurga..
Kini menjadi makam untuk isteri dan anak-anaknya..
Rumah yang dulunya dipenuhi gelak ketawa..
Kini retak dindingnya dimamah peluru..
Rumah yang dulunya tempat berlindung hujan dan panas..
Kini menjadi tembok perlindungan..
Bagi seorang pejuang mengintai musuh
Yang membunuh kebahagiaan diri dan buminya!

Palestin.. Gaza.. Berdarah tanpa henti..
Apa yang sebenarnya ingin dituntut?
Kalau mahukan kuasa..Perlukah nyawa menjadi korban?
Perlukah Anak kecil menjadi tebusan??

Allah telahpun berjanji..
"Tidak ada sedikitpun tanah di bumi ini milik 'yang kufur'"

UJI MINDA ANDA!

Ujian Dementia
Betapa cekapnya anda!!

Di bawah ada ( 4 ) soalan dan satu soalan bonus. Anda perlu menjawab dengan pantas. Anda tidak boleh mengambil masa, perlu menjawabnya segera. OK?


Mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda......



Ready? GO!!! (lihat bawah)

Soalan Pertama:

Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Sekarang Anda ditempat yang ke berapa?





~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Jawapan: Jika jawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! Jika anda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempat kedua!

Cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. Sekarang jawab soalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama OK ?




Soalan Kedua:
Jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihat bawah)



~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~





Jawapan: Jika jawapan anda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir, bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


Adakah anda pantas dan cerdik, tidak begitu rupanya.?






Soalan Ketiga:
Soalan kira-kira bermuslihat! Perhatian: Ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja . Jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. Cuba lah....



Ambil 1000 dan campur 40 . Sekarang campur lagi 1000 . Campur lagi 30 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 20 .... Campur lagi 1000 . Campur lagi 10 ... Berapa kah jumlah semua?


Lihat bawah untuk ...jawapan.. ..









~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~


Adakah jawapan anda 5000 ?

Jawapan sebanar adalah 4100.



Jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! Mungkin ini bukan hari anda kan ? Mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini dengan betul ... Cuba .



Soalan keempat:

Bapa Mary ada seramai lima orang anak gadis: 1. Nana, 2. Nene, 3. Nini, 4. Nono. Apakah nama anak gadisnya yang terakhir?







~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~

Adakah jawapan anda Nunu? Salah! sudah tentu Salah.
Namanya Mary. Baca semula soalan!



Okay, cuba jawab soalan bonus:

S orang bisu pergi ke mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. Dengan mengayakan lakunan memberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjaya membeli berus gigi itu.

Seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin mata hitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?








~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~




Dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

Mudah sahaja.

BILA IBU BAPA MEMBIARKAN ANAKNYA 'KEKOSONGAN'


Assalamualaikum ..
Hari ini Faqih terpanggil untuk bercerita dan mengupas sedikit mengenai isu yang Faqih ketengahkan..Faqih bercerita berdasarkan pengalaman dan juga fakta..InsyaAllah..

Setiap individu dalam dunia ini mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia dan dilengkapi dengan kasih sayang..cinta.. pengertian dan pengorbanan.. Apa sebenarnya yang paling penting bagi seseorang itu adalah keluarganya iaitu seorang ayah..seorang ibu dan adik-beradik yang saling melengkapi antara satu sama lain dan bukanlah sebuah keluarga yang lengkap tetapi 'kosong'.. Para pembaca sekalian..Letakkan diri saudara semua sebagai anak dan teruslah membaca...

Anak adalah permata.. Anak adalah harta yang tidak ternilai harganya malah tidak akan terganti dengan satu yang lainnya.. Anak adalah amanah Allah untuk insan yang bernama 'ayah' dan 'ibu'..Bagaimana ibu bapa mencorakkan anak-anak mereka, maka itulah hasil yang akan dituai suatu hari nanti..Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripaada rebungnya..InsyaAllah..Andai baik teladan dan didikan yang kita persembahkan buat anak-anak..Maka wahai ibu ayah..Berbahagialah kalian di akhirat kelak kerana doa anak-anak yang soleh dan solehah akan sentiasa mengiringi kalian di 'sana'.. 

Pada zaman ini.. Kita seringkali dikejutkan dengan berita penglibatan anak-anak muda di dalam dunia jenayah..Tetapi apabila digali akar punca mereka menjadi seperti itu menunjukkan kebanyakan daripada mereka pernah mengalami dilema dan tekanan perasaan akibat daripada krisis yang terjadi di dalam keluarga mereka sendiri.. Pergaduhan di antara ibu dan ayah yang disebabkan oleh banyak perkara apatah lagi apabila ianya berlanjutan dan berlaku di hadapan anak-anak.. Hal ini akan secara tidak langsung kemungkinan besar akan membuatkan anak-anak  berasa diri mereka adalah punca pertelingkahan atau paling tidak pun, hati dan jiwa mereka telah dikotori oleh titik-titik menyakitkan dalam hidup mereka..Kerana apa?? Kerana mereka tidak berasa bahagia! Kadangkala juga ibu bapa seringkali tersilap dalam berfikir.. Tanpa kita sedar, sebenarnya pemikiran seorang ibu atau ayah terlalu jauh berbeza daripada pemikiran seorang anak.. Bayangkan situasi yang mana di sekolah, ibu bapa dijemput untuk menghadiri mesyuarat PIBG..Ibu bapa memikirkan perkara tersebut adalah perkara biasa (kerana setiap tahun di setiap sekolah sememangnya akan mengadakan pertemuan PIBG beberapa kali) dan juga memikirkan perkara tersebut adalah perkara remeh lalu mereka tidak menghadiri mesyuarat tersebut.. Tapi bagi seorang anak ? Kalau difikirkan apakah yang akan bermain di dalam hati dan naluri mereka? Kita mungkin tidak faham betapa berkecilhatinya anak itu apabila ibu bapanya tidak hadir dan apabila si anak melihat kawan-kawan yang lain dapat bertemu dengan ibu bapa masing-masing di sekolah : "Andai para pembaca berada di tempat ini..Apa perasaan anda agaknya?" Sebagai seorang ibu/bapa, kita tidak boleh menyalahkan anak-anak jika mereka memberontak atau protes.. Kenapa?? Ini kerana semua perkara yang berlaku itu ada sebabnya..Dari mana datang sebabnya?? Di sinilah kedua ibu bapa harus muhasabah semula apakah ibu dan ayah telah menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai ibu dan ayah atau tidak?

Kadang-kadang anak-anak akan terus menyalahkan ibu bapa..Mereka membesar tanpa dipedulikan.. Tanpa diajak berbincang apabila ada masalah malah dimarah dan dipersalahkan.. Mereka akan terus memberontak..Hasilnya? Mereka menunjukkan perilaku yang kurang menyenangkan di mana-mana sahaja sebagai tanda protes.. Kerana bagi mereka "Buat la apa saja..Ibu ayah tak akan tanaya atau ambil tahu" ..Ibu bapa kena ingat..Anak-anak juga punya hak untuk mendapat kehidupan yang baik.. Sekiranya ibu bapa sibuk atau ditimpa masalah..JELASKAN kepada anak-anak..Jangan biarkan anak-anak terus menerus berasa kecewa..Jangan biarkan persoalan mereka terus membelenggu hidup mereka tanpa jawapan..

Ibu bapa juga harus sedar bahawa ibu bapa merupakan sumber kekuatan untuk anak-anak..
Ibu bapa adalah insan yang sangat diimpikan agar sentiasa berada di sisi anak-anak..
Ibu bapa adalah kebahagiaan yang tak ternilai dalam hidup anak-anak..
Ibu bapa adalah segalanya malah dianggap sebagai nyawa anak-anak..
Andaikata ibu ayah tiada di sisi anak-anak?? Andaikata ibu bapa membiarkan anak-anak 'kosong' tanpa kasih sayang keduanya? 

Mungkin selepas ini artikel ini akan dikritik kerana Faqih menulis : terlalu memandang sudut negatif yang dilakukan oleh ibu bapa sahaja.. Tetapi TIDAK! Faqih menulis kerana Faqih adalah anak dan Faqih menulis kerana Faqih merasa! Tetapi bukan kerana Faqih menuding jari pada ibu bapa cuma Faqih inginkan ibu bapa di luar sana berfikir : "Anak-anak adalah gambaran didikan ibu bapa"..

Wallahu alam..

TENTANG HIDUP

Setiap manusia ada cerita hidup mereka yang tersendiri.. Apa yang kita lihat pada masa ini bukanlah gambaran masa lalu seseorang.. Mungkin kita lihat seseorang itu sangat bahagia... Namun..Siapa tahu masa silamnya sangat menyakitkan?
Ah... Manusia! Bila sudah berjaya.. Semua orang akan membuka mata.. Ya, dia sudah berjaya..Maka disebut-sebutlah segala kejayaannya tanpa mereka menyebut tentang kesakitan..kepahitan dan kepayahan dalam mencapai kejayaan yang satu itu...
MANUSIA !! Adakalanya kita sering melihat... Ada insan yang berperwatakan indah..Berakhlak tinggi..Ilmu yang berkali ganda daripada kita tiba-tiba berubah dalam sekelip mata.. Daripada seorang yang baik..dihormati..menjadi seorang yang berperangai menjengkelkan dan dibenci ramai..
Lalu dia terus dimaki..Dicaci..Dipersoalkan dan dipersalahkan..
Atas dasar apa kita mempersoalkan???
Setiap yang berlaku itu pasti ada baik dan buruknya.. Percaya pada itu! Namanya MANUSIA.. Hidup penuh dengan kepura-puraan.. Namun.. Ada juga dalam kalangan kita yang memaksa diri untuk berpura-pura dengan harapan suatu hari nanti.. Allah akan pertemukan dia dengan keikhlasan.. Mereka berusaha..Mereka mencari identiti sebenarnya.. Namun, tanpa sokongan... Hanya Allah yang mampu menyelamatkan mereka.. Allah yang memiliki dan MAHA BESAR KudratNYA untuk menakluki hati setiap hamba-hambaNYA..
Syaitan akan mengambil kesempatan untuk menyesatkan dan melalaikan manusia apabila hati seseorang hamba itu dalam kekosongan dan kesunyian..Syaitan akan mengambil tempatnya..Membolak balikkan hati anak-anak Adam a.s.. Maka mula lah hati anak-anak Adam ini memikirkan kisah lampau yang menyakitkan.. Contohnya.. Terfikirkan kisah hidup yang mana di dalam keluarganya langsung tidak ada erti kasih sayang.. Lalu mulalah hati anak-anak Adam ini memendan rasa mengatakan : "Ayah dan ibu tersilap mendidik aku!" Yang negatif. bertambah negatif.. Yang positif pula habis dipandang negatif! Di situ kekuatan syaitan!!

Faqih juga seringkali berada di tempat yang sama.. Namun Allah masih sayangkan hati hambaNYA ini.. Setiap kali terluka.. Setiap kali hati berasa kosong..Layu dan sunyi.. Selain 5 waktu Faqih 'bersembang' dengan 'Kekasih' Faqih.. Faqih menghadap buku..Blog.. Ataupun laptop.. Faqih berdendam namun tak pernah rasa nak membalas dendam.. Faqih memendam.. Kerana itu Faqih menulis..Sesuatu yang hanya berharga untuk Faqih dan insan-insan yang berada di tempat yang sama seperti Faqih..
Ayuh sahabat-sahabat semua!! Kejutkan hati dan jiwa kita yang hampir layu! Kita tidak punya apa-apa.. Kita hanya ada ALLAH dan mungkin seorang atau beberapa orang yang kita sayangi atau cintai yang akan mahu memimpin kita bangkit dari kekecewaan.. Paling penting sekali, semangat yang luar biasa itu hanya akan lahir dari dalam diri kita sendiri.. Tak ada sesiapapun yang mampu menandinginya..
Kata orang.. Menulis hanya melambangkan hati yang kosong... Come on!! Open your mind, guys!! Setiap orang ada cara dan kisah tersendiri.. Jangan terus menilai dan mengkritik orang lain..

Kita harus bangkit!
Bangkit dari kekecewaan!
Bangkit dari kelukaan!
Keluar dari penjara hidup!
Cari diri kita!

UKHUWAH INI MEMBERI SINAR

Assalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuh..

Awal bismillah pembuka bicara.. Semoga penulisan ini memberi manfaat kepada semua..

21, 22 & 23 Disember 2013.. Seorang sahabat Faqih semasa di sekolah menengah dulu mengajak Faqih untuk sama-sama menjayakan program KEM REMAJA ISLAM yang diadakan di Sungai Biru, Lohan Sabah.. Faqih yang bosan dengan percutian yang terlalu panjang tanpa pengisian ini terus bersetuju.. Tanpa mengenali sesiapapun yang turut terlibat dalam kem tersebut, Faqih bertolak seawal jam 7 pagi ke perhentian bas di Pekan Kundasang menuju ke Pekan Ranau.. Sebelum bertolak keluar dari rumah, Faqih sempat mencium tangan mak..Memohon agar perginya Faqih 3 hari direstui oleh mak dan ayah..Memohon agar Faqih didoakan supaya Faqih dapat menimba ilmu yang baru di sana.. Faqih bertolak ke Pekan Ranau dengan hanya berbekalkan RM30.. Niat Faqih, apabila tiba di Pekan Ranau nanti bolehlah Faqih mengeluarkan sedikit wang kat mesin atm kat sana.. Setibanya di Pekan Ranau, Faqih membayar RM 4 sebagai tambang bas..Bakinya tinggal RM 26 lalu Faqih lekas ke kedai dan membeli sepasang selipar berharga RM19.00 .. Tinggallah duit Faqih RM7.00..Faqih kemudian menuju ke bank CIMB dengan niat nak keluarkan wang.. namun Faqih terkejut apabila wang yang berbaki RM70.00 itu tidak boleh dikeluarkan.Faqih cuba lagi..Tetap tak boleh..Faqih mengusung beg Faqih ke bank lain..Masih situasi yang sama..Tetap tak boleh.. Akhirnya Faqih terduduk berfikir..Hampir Faqih berputus asa..Faqih hampir menangis tapi Faqih sembunyikan dalam hati.. Faqih call mak..Faqih kata mungkin Faqih akan patah balik ke rumah sebab duit Faqih takde.. Mak diam je.. Tak lama selepas Faqih bercakap dengan mak melalui telefon, mama (mak angkat) Faqih menghantar sms bertanyakan samada Faqih dah sampai ke tapak kem atau belum.. Faqih jawab belum. Faqih kata nak balik. Mama terus call.. Akhirnya terpaksa Faqih berterus terang.. Mama kata mama bank inkan RM100.. Allahu.. Faqih terharu..Faqih beritahu mak kat rumah..Faqih kata jangan risau, Faqih akan teruskan perjalanan..
Faqih betulkan niat.. Faqih berdoa supaya Faqih mampu untuk sampai ke sana.. Ujian demi ujian Faqih hadapi.. Untuk ke tapak kem tersebut, Faqih terpaksa menunggu bas selama lebih kurang setengah jam.. Dengan panas terik.. Cukup dengan beg pakaian Faqih yang Faqih usung ke hulu ke hilir.. Hampir patah semangat Faqih namun Faqih kuatkan hati.. Allah itu Maha Mengasihi.. Betul tak??
 Alhamdulillah, Faqih berjaya dapatkan bas terakhir ke Lohan dengan tambang RM 3.. Akhirnya Faqih sampai ke destinasi beberapa minit sebelum jam 11 pagi..

SubhanAllah.. Tapak kem tersebut sangat indah pada pandangan Faqih.. Dihiasi dengan phon-pohon menghijau..Kolam-kolam ikan dan Faqih terdengar deras aliran air sungai yang mengalir.. 
Faqih bertemu dengan sahabat-sahabat yang mana..MasyaAllah.. Setiap saat berbicara tentang ilmu..Setiap detik mereka berbicara berkongsikan hadis dan medium dakwah.. Allahuakbar.. Selama 3 hari di sana, Faqih tak pernah mendengar sepatah pun kata-kata yang menggores hati mahupun kata-kata yang tiada manfaat.. Terlalu berbeza dengan suasana dunia Faqih di luar sana yang mana setiap perkataan manusia disertakan dengan ego dan kesombongan..Diiringi dusta dan dosa-dosa.. Betapa pada ketika itu Faqih terlalu ingin untuk bersujud syukur kepadaNYA.. 
Sekali lagi Faqih merasa terlalu kecil apabila tiba sesi taaruf..Yang mana ahli usrah Faqih datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza termasuklah bakal pemimpin sekolah..pelajar-pelajar sekolah agama..adik-adik yang baru berusia seawal 10 dan 14 tahun dan juga seorang hamba Allah yang baru memeluk Islam dan sanggup menjadi peserta pada usia 26 tahun semata-mata ingin mencari apakah Islam dan apakah yang ada di dalamnya?? Faqih sekali lagi hampir menangis.. 
Peristiwwa yang sangat Faqih tersentuh ialah apabila seorang hamba Allah ini ingin mengaut nasi ke pinggannya..Namun tiba-tiba pinggan itu terjatuh dan makanan yang ada di dalam pinggan tersebut habis tertumpah di atas tanah.. 
Dari mulutnya terus berkata : "Allah..Mungkin aku telah berbuat sesuatu yang tidak diredhai oleh Allah" 
bayangkan perasaan Faqih.. Terlalu banyak perkara yang Faqih pelajari sepanjang 3 hari di sana yang mana terlalu sukar untuk Faqih luahkan..Benarlah kata orang.. Apabila kita semakin belajar..Maka kita akan tahu betapa bodohnya kita.. 


Wallahu a'lam..

PUISI AKU SI DAIF UKHRAWI

Aku masih berdiri..
Aku bingung memilih jalan..
Disetiap pilihan punya propaganda sendiri..
Menggugat jiwaku, kerana aku hanya seorang daif..

Di kala aku mengatur langkah..
Tanganku terkapai, mencapai teguh..
Mencari kekuatan, hanya itu pintaku di sembah sujudku..
Di saat aku diterjah hujah..
Bibirku kelu, lidah terkunci..
Masih belum mampu menjadi seteguh batu di tepi lautan..
Yang kukuh bertapak walau dihempas ombak..
Masih belum mampu menjadi seperti lalang..
Biar dilanda ribut, esok hadir mentari, kembali ia melenggokkan tarian alam..

Ingin sekali aku... Berdiri di podium ummah!
Menzahirkan sayang, melahirkan cinta..
Pada saudara, pada 'kekasih kita'
Bersuara fisabilillah, menanggung amanah di atas pundakku..

Setiap detak nadiku mengalir semangat ''Muhammad"
Setiap nafasku menghadirkan "DIA" , Allahuakbar!
Setiap titis air mataku..
Mengharap keampunanNYA kerana aku masih daif
Biar setelah begitu lama aku mengaut nikmatNYA..

Aku akan selalu terus meredah arus..
Menembusi segala tembok penghalang..
Untuk aku menjadi 'kaya' dan keluar dari kepompong ke'daif'an ini..
Kerana kaya akan ukhrawi
Adalah pelindung pada ke'daif'an ini
Saat jasad menghadap Robbul Jalil ..

BAYI DIBUANG - ANTARA MARUAH, KEHORMATAN DAN IHSAN

Assalamualaikum.. Faqih begitu tersentuh melihat poster yang Faqih temui di laman sosial ini.. "Sayangi Daku..Jangan Jadikan Daku Seperti Bangkai Binatang" .. Itulah ayatnya.. Seolah-olah designer poster in meletakkan diri dan perasaannya benar-benar pada tempat seorang bayi yang tidak berdosa, memohon agar jangan dinafikan haknya untuk melihat dunia.. 
Kita semua dituntut untuk meyantuni fitrah manusia namun apa yang kita semua kesali, kini, fenomena BUANG BAYI ini seringkali menjadi muka hadapan akhbar. 
Setiap kali Faqih melihat dan membaca akhbar mahupun menonton berita dan laman-laman sosial, sangat meruntun hati apabila melihat gambar-gambar bayi yang sudah tidak bernyawa, bayi yang ditemui mati di hutan belukar, di dalam loji najis, di kawasan pelupusan sampah dengan keadaan reput.. Dihurung semut malah ada yang dijinjing oleh anjing.. Allahuakbar!! Bukankah jasad kecil itu juga merupakan manusia??? Yang juga makhluk Allah?? Bagaimana begitu sanggupnya manusia kini membuang bayi yang dikandung sembilan bulan tanpa rasa ihsan? Di manakah hilangnya naluri kemanusiaan, di manakah perginya fitrah suci naluri seorang ibu dan dimanakah lesapnya kebijaksanaan akal yang dikurniakan oleh Allah?

Faqih tertanya-tanya.. Apakah sebenarnya penyebab utama yang membuatkan seorang ibu itu untuk membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan dari rahim mereka sendiri?? Bayi dibiarkan begitu sahaja sehingga menyebabkan kematian tanpa berpeluang sedikitpun untuk menikmati kehidupan dan masa depan yang baik.

Mungkin si ibu lupa akan Allah yang MAHA MELIHAT
Mungkin si ibu lupa pada dasyhatnya perhitungan di mahsyar kelak

Walaupun Faqih baru berusia 20 tahun.. Belum pernah menjadi seorang ibu tetapi Faqih tahu.. Dan Faqih yakin pada naluri keibuan yang akan ada pada Faqih suatu hari nanti.. Malah Faqih banyak bertanya pada bonda kesayangan Faqih.. Bahawa bonda selalu bercerita :

Ibu akan merasa kelainan seperti loya-loya seawal 2 bulan pertama seorang ibu itu hamil..
Seawal 20 minggu kehamilan, si ibu akan merasakan gerakan pada janin yang mana itulah yang membuktikan akan kehadiran seorang manusia kecil di dalam diri seorang ibu..Dengan adanya naluri keibuan yang dikurniakan Allah kepada para wanita, maka akan timbul rasa sayang dan dan ikatan kasih yang sukar digambarkan antara ibu dan kandungannya.. Itulah kekuasaan Allah!
Namun, bagi para wanita yang hamil di luar taraf sah, dilema pasti melanda diri mereka.. Mereka dibayangi pelbagai persoalan ::

"Siapa yang pelu diberitahu?"
"Bagaimana penerimaan orang sekeliling??"
""Apa yang harus dilakukan?"

Dan banyak lagi.. Betapa banyaknya tanggungan fizikal, emosi dan spiritual seorang wanita yang mengandungkan anak tidak sah taraf@anak luar nikah ini..

Namun begitu, masyarakat kita pada waktu ini masih lagi berpegang teguh kepada budaya Timur yang mana, maruah dan kehormatan diri dan keluarga menjadi pokok utama kepada kita untuk dipertahankan.. Mungkinkah inilah dia penyebab ramai remaja yang menyembunyikan kehamilan mereka dari pengetahuan keluarga lalu nekad melahirkan bayi tersebut seorang diri kemudian membuang bayi tersebut yang dianggap sebagai bukti mereka telah melakukan maksiat..

Pandangan Faqih.. Yang telah berlalu, biarkan berlalu. Masih panjang perjalanan di hadapan.. Itu adalah urusan mereka (ibu yang membuang bayi mereka) dengan Allah.. Dan tugas kita sebagai saudara sesama Islam dan masyarakat bukanlah untuk mengutuk, menghina atau mencaci tetapi berilah sokongan moral dan bimbinglah mereka untuk bertaubat dan hidup dalam aqidah yang soleh/solehah agar mereka kenal sesungguhnya Allah itu MAHA PENGAMPUN dosa..Begitu juga dengan para lelaki yang telah menghamilkan para wanita di luar nikah.. Mereka juga harus disedarkan dengan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin ummah tanpa memulaukan mereka.. 

InsyaAllah.. Sama-sama kita menjaga kehormatan diri, agama, keluarga, bangsa dan negara.. 
Kita mampu mengubahnya!