Assalamualaikum.. Faqih begitu tersentuh melihat poster yang Faqih temui di laman sosial ini.. "Sayangi Daku..Jangan Jadikan Daku Seperti Bangkai Binatang" .. Itulah ayatnya.. Seolah-olah designer poster in meletakkan diri dan perasaannya benar-benar pada tempat seorang bayi yang tidak berdosa, memohon agar jangan dinafikan haknya untuk melihat dunia..
Kita semua dituntut untuk meyantuni fitrah manusia namun apa yang kita semua kesali, kini, fenomena BUANG BAYI ini seringkali menjadi muka hadapan akhbar.
Setiap kali Faqih melihat dan membaca akhbar mahupun menonton berita dan laman-laman sosial, sangat meruntun hati apabila melihat gambar-gambar bayi yang sudah tidak bernyawa, bayi yang ditemui mati di hutan belukar, di dalam loji najis, di kawasan pelupusan sampah dengan keadaan reput.. Dihurung semut malah ada yang dijinjing oleh anjing.. Allahuakbar!! Bukankah jasad kecil itu juga merupakan manusia??? Yang juga makhluk Allah?? Bagaimana begitu sanggupnya manusia kini membuang bayi yang dikandung sembilan bulan tanpa rasa ihsan? Di manakah hilangnya naluri kemanusiaan, di manakah perginya fitrah suci naluri seorang ibu dan dimanakah lesapnya kebijaksanaan akal yang dikurniakan oleh Allah?
Faqih tertanya-tanya.. Apakah sebenarnya penyebab utama yang membuatkan seorang ibu itu untuk membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan dari rahim mereka sendiri?? Bayi dibiarkan begitu sahaja sehingga menyebabkan kematian tanpa berpeluang sedikitpun untuk menikmati kehidupan dan masa depan yang baik.
Mungkin si ibu lupa akan Allah yang MAHA MELIHAT
Mungkin si ibu lupa pada dasyhatnya perhitungan di mahsyar kelak
Walaupun Faqih baru berusia 20 tahun.. Belum pernah menjadi seorang ibu tetapi Faqih tahu.. Dan Faqih yakin pada naluri keibuan yang akan ada pada Faqih suatu hari nanti.. Malah Faqih banyak bertanya pada bonda kesayangan Faqih.. Bahawa bonda selalu bercerita :
Ibu akan merasa kelainan seperti loya-loya seawal 2 bulan pertama seorang ibu itu hamil..
Seawal 20 minggu kehamilan, si ibu akan merasakan gerakan pada janin yang mana itulah yang membuktikan akan kehadiran seorang manusia kecil di dalam diri seorang ibu..Dengan adanya naluri keibuan yang dikurniakan Allah kepada para wanita, maka akan timbul rasa sayang dan dan ikatan kasih yang sukar digambarkan antara ibu dan kandungannya.. Itulah kekuasaan Allah!
Namun, bagi para wanita yang hamil di luar taraf sah, dilema pasti melanda diri mereka.. Mereka dibayangi pelbagai persoalan ::
"Siapa yang pelu diberitahu?"
"Bagaimana penerimaan orang sekeliling??"
""Apa yang harus dilakukan?"
Dan banyak lagi.. Betapa banyaknya tanggungan fizikal, emosi dan spiritual seorang wanita yang mengandungkan anak tidak sah taraf@anak luar nikah ini..
Namun begitu, masyarakat kita pada waktu ini masih lagi berpegang teguh kepada budaya Timur yang mana, maruah dan kehormatan diri dan keluarga menjadi pokok utama kepada kita untuk dipertahankan.. Mungkinkah inilah dia penyebab ramai remaja yang menyembunyikan kehamilan mereka dari pengetahuan keluarga lalu nekad melahirkan bayi tersebut seorang diri kemudian membuang bayi tersebut yang dianggap sebagai bukti mereka telah melakukan maksiat..
Pandangan Faqih.. Yang telah berlalu, biarkan berlalu. Masih panjang perjalanan di hadapan.. Itu adalah urusan mereka (ibu yang membuang bayi mereka) dengan Allah.. Dan tugas kita sebagai saudara sesama Islam dan masyarakat bukanlah untuk mengutuk, menghina atau mencaci tetapi berilah sokongan moral dan bimbinglah mereka untuk bertaubat dan hidup dalam aqidah yang soleh/solehah agar mereka kenal sesungguhnya Allah itu MAHA PENGAMPUN dosa..Begitu juga dengan para lelaki yang telah menghamilkan para wanita di luar nikah.. Mereka juga harus disedarkan dengan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin ummah tanpa memulaukan mereka..
InsyaAllah.. Sama-sama kita menjaga kehormatan diri, agama, keluarga, bangsa dan negara..
Kita mampu mengubahnya!

No comments:
Post a Comment