Anak Gunung Training & Motivation

Anak Gunung Training & Motivation
Menilai kehidupan dari sudut yang tersembunyi..

7 JENIS VIP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Salam sayang buat kaum muslimin dan muslimat semua.. Sememangnya hobi saya ialah mengarang di waktu malam.. Daripada mengarang ayat-ayat jiwang yang hanya akan menjadikan saya syok sendiri, elok saya menulis di sini untuk syok buat semua orang.. Nak berkongsi satu ilmu iaitu : 7 VIP Yang Mendapat Naungan Allah.
VIP 1 : PEMIMPIN YANG ADIL
            Inilah golongan first line kerana golongan inilah yang bakal mencipta & melahirkan 6
            golongan seterusnya.
VIP 2 : REMAJA YANG HIDUP DALAM KETAATAN
            Zaman sekarang payah nak jumpa golongan remaja yang hidup dalam ketaatan.. Nisbahnya
            3:1000.. Yang ada hanya golongan yang mahukan kekasih hati, abang-abang kutu rayau, mat
            rempit.. penagih dadah.. pendera..peragut..pelacur.. Haa.. yang tu banyak laa..Namun,
            Alhamdulillah.. Di celah keributan masalah sosial, masih ada remaja yang menjaga
            agamanya..
VIP 3 : PENCINTA MASJID
            Hatinya terikat dengan masjid.. Dahinya, hidungnya sentiasa mencium tikar sembahyang.
           Bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah..
VIP 4 : DUA INSAN YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
            Ia soal hati.. Tak boleh dilakonkan dan didramakan.Persoalannya, atas dasar apakah ia
            dibina?? Perasaan mengasihi kerana Allah lahir apabila melihat seseorang yang sangat
            bersungguh-sungguh mentaati Allah dalam segenap urusan hidupnya.
VIP 5 : PEMUDA YANG MENOLAK APABILA DIGODA UNTUK MELAKUKAN ZINA
VIP 6 : INSAN YANG MENYEMBUNYIKAN SEDEKAHNYA
VIP 7 : INSAN YANG MENGINGATI ALLAH SEHINGGA MENITISKAN AIRMATA..

Nak jadi VIP yang mana? Terpulang.. Kalau saya mampu, saya nak jadi VVIP.. =)

MOTIVASIKAN DIRI UNTUK MENJADI INSAN SOLEH & BERUSAHA MEMBIMBING ORANG LAIN

Di dalam Surah Al-Taubah ayat 71 yang bermaksud :
" Dan orang yang beriman, lelaki atau perempuan, sebahagian daripada mereka ialah penolong bagi sebahagian yang lain.Mereka menyuruh mengerjakan perkara yang baik dan mencegah daripada perkara yang buruk. Mereka mendirikan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
Saudara sekalian.. Sekecil-kecil dan seminimun amar maaruf nahi munkar ialah terhadap keluarga. Sebab itu la, maka kita disyariatkan untuk mencari pendamping (Suami/isteri) hidup dan seterusnya membina sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia di atas landasan syarak.. Bagi seorang lelaki, bukannya dengan mencari anak-anak gadis yang berpelesiran dengan baju tak cukup kain, rambut kerinting warna TV3.. Bagi seorang perempuan pula, bukannya nak menggedik, mencari lelaki yang boleh kita jadikan "Sugar Dady"..  Cukup dengan sedar diri..Awak tahu hukumnya melakukan penzinaan, maksiat,mengandungkan anak dara orang,jadi pisau cukur.... Semua tu dan yang sama waktu dengannya,, awak akan malu untuk melakukan semua itu.. Bukan sahaja malu terhadap manusia sekeliling malah malu pada Allah..
Kerana itulah, Maha Suci Allah.. DIA gariskan di dalam Al Quran tu, satu panduan hidup yang sangat lengkap.. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara tak kiralah apa pun.. Semuanya ada. Macam trademark ASTRO : " Macam-macam adaaa " .. Hanya terpulang kepada kita untuk memilih jalan hidup kita..
Apabila kita tersasar jalan dan ada kawan/guru/ibu bapa/sesiapapun yang menegur, itu sebenarnya kasih sayang Allah.. Tak mahu kita tersasar lebih jauh bersama syaitan yang direjam..

Meskipun begitu, cubalah menjadi umat akhir zaman yang terbaik.. Umat yang menjadikan Al Quran sebagai panduan, menjadikan Rasulullah sebagai idola dan bukannya Justin Bieber dan yang sama waktu dengannya.. Tak kiralah siapapun, sesungguhnya ajal itu seringkali menjenguk kita.. Hanya menanti izin Allah.. Ada lagi ke masa nak mengubah diri kalau ajal dah datang menghampiri?? InsyAllah.. Anda mampu mengubahnya.. Wallahu a'lam..