Assalamualaikum ..
Hari ini Faqih terpanggil untuk bercerita dan mengupas sedikit mengenai isu yang Faqih ketengahkan..Faqih bercerita berdasarkan pengalaman dan juga fakta..InsyaAllah..
Setiap individu dalam dunia ini mengimpikan sebuah kehidupan yang bahagia dan dilengkapi dengan kasih sayang..cinta.. pengertian dan pengorbanan.. Apa sebenarnya yang paling penting bagi seseorang itu adalah keluarganya iaitu seorang ayah..seorang ibu dan adik-beradik yang saling melengkapi antara satu sama lain dan bukanlah sebuah keluarga yang lengkap tetapi 'kosong'.. Para pembaca sekalian..Letakkan diri saudara semua sebagai anak dan teruslah membaca...
Anak adalah permata.. Anak adalah harta yang tidak ternilai harganya malah tidak akan terganti dengan satu yang lainnya.. Anak adalah amanah Allah untuk insan yang bernama 'ayah' dan 'ibu'..Bagaimana ibu bapa mencorakkan anak-anak mereka, maka itulah hasil yang akan dituai suatu hari nanti..Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah daripaada rebungnya..InsyaAllah..Andai baik teladan dan didikan yang kita persembahkan buat anak-anak..Maka wahai ibu ayah..Berbahagialah kalian di akhirat kelak kerana doa anak-anak yang soleh dan solehah akan sentiasa mengiringi kalian di 'sana'..
Pada zaman ini.. Kita seringkali dikejutkan dengan berita penglibatan anak-anak muda di dalam dunia jenayah..Tetapi apabila digali akar punca mereka menjadi seperti itu menunjukkan kebanyakan daripada mereka pernah mengalami dilema dan tekanan perasaan akibat daripada krisis yang terjadi di dalam keluarga mereka sendiri.. Pergaduhan di antara ibu dan ayah yang disebabkan oleh banyak perkara apatah lagi apabila ianya berlanjutan dan berlaku di hadapan anak-anak.. Hal ini akan secara tidak langsung kemungkinan besar akan membuatkan anak-anak berasa diri mereka adalah punca pertelingkahan atau paling tidak pun, hati dan jiwa mereka telah dikotori oleh titik-titik menyakitkan dalam hidup mereka..Kerana apa?? Kerana mereka tidak berasa bahagia! Kadangkala juga ibu bapa seringkali tersilap dalam berfikir.. Tanpa kita sedar, sebenarnya pemikiran seorang ibu atau ayah terlalu jauh berbeza daripada pemikiran seorang anak.. Bayangkan situasi yang mana di sekolah, ibu bapa dijemput untuk menghadiri mesyuarat PIBG..Ibu bapa memikirkan perkara tersebut adalah perkara biasa (kerana setiap tahun di setiap sekolah sememangnya akan mengadakan pertemuan PIBG beberapa kali) dan juga memikirkan perkara tersebut adalah perkara remeh lalu mereka tidak menghadiri mesyuarat tersebut.. Tapi bagi seorang anak ? Kalau difikirkan apakah yang akan bermain di dalam hati dan naluri mereka? Kita mungkin tidak faham betapa berkecilhatinya anak itu apabila ibu bapanya tidak hadir dan apabila si anak melihat kawan-kawan yang lain dapat bertemu dengan ibu bapa masing-masing di sekolah : "Andai para pembaca berada di tempat ini..Apa perasaan anda agaknya?" Sebagai seorang ibu/bapa, kita tidak boleh menyalahkan anak-anak jika mereka memberontak atau protes.. Kenapa?? Ini kerana semua perkara yang berlaku itu ada sebabnya..Dari mana datang sebabnya?? Di sinilah kedua ibu bapa harus muhasabah semula apakah ibu dan ayah telah menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai ibu dan ayah atau tidak?
Kadang-kadang anak-anak akan terus menyalahkan ibu bapa..Mereka membesar tanpa dipedulikan.. Tanpa diajak berbincang apabila ada masalah malah dimarah dan dipersalahkan.. Mereka akan terus memberontak..Hasilnya? Mereka menunjukkan perilaku yang kurang menyenangkan di mana-mana sahaja sebagai tanda protes.. Kerana bagi mereka "Buat la apa saja..Ibu ayah tak akan tanaya atau ambil tahu" ..Ibu bapa kena ingat..Anak-anak juga punya hak untuk mendapat kehidupan yang baik.. Sekiranya ibu bapa sibuk atau ditimpa masalah..JELASKAN kepada anak-anak..Jangan biarkan anak-anak terus menerus berasa kecewa..Jangan biarkan persoalan mereka terus membelenggu hidup mereka tanpa jawapan..
Ibu bapa juga harus sedar bahawa ibu bapa merupakan sumber kekuatan untuk anak-anak..
Ibu bapa adalah insan yang sangat diimpikan agar sentiasa berada di sisi anak-anak..
Ibu bapa adalah kebahagiaan yang tak ternilai dalam hidup anak-anak..
Ibu bapa adalah segalanya malah dianggap sebagai nyawa anak-anak..
Andaikata ibu ayah tiada di sisi anak-anak?? Andaikata ibu bapa membiarkan anak-anak 'kosong' tanpa kasih sayang keduanya?
Mungkin selepas ini artikel ini akan dikritik kerana Faqih menulis : terlalu memandang sudut negatif yang dilakukan oleh ibu bapa sahaja.. Tetapi TIDAK! Faqih menulis kerana Faqih adalah anak dan Faqih menulis kerana Faqih merasa! Tetapi bukan kerana Faqih menuding jari pada ibu bapa cuma Faqih inginkan ibu bapa di luar sana berfikir : "Anak-anak adalah gambaran didikan ibu bapa"..
Wallahu alam..
.jpg)
No comments:
Post a Comment