Anak Gunung Training & Motivation

Anak Gunung Training & Motivation
Menilai kehidupan dari sudut yang tersembunyi..

7 JENIS VIP

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Salam sayang buat kaum muslimin dan muslimat semua.. Sememangnya hobi saya ialah mengarang di waktu malam.. Daripada mengarang ayat-ayat jiwang yang hanya akan menjadikan saya syok sendiri, elok saya menulis di sini untuk syok buat semua orang.. Nak berkongsi satu ilmu iaitu : 7 VIP Yang Mendapat Naungan Allah.
VIP 1 : PEMIMPIN YANG ADIL
            Inilah golongan first line kerana golongan inilah yang bakal mencipta & melahirkan 6
            golongan seterusnya.
VIP 2 : REMAJA YANG HIDUP DALAM KETAATAN
            Zaman sekarang payah nak jumpa golongan remaja yang hidup dalam ketaatan.. Nisbahnya
            3:1000.. Yang ada hanya golongan yang mahukan kekasih hati, abang-abang kutu rayau, mat
            rempit.. penagih dadah.. pendera..peragut..pelacur.. Haa.. yang tu banyak laa..Namun,
            Alhamdulillah.. Di celah keributan masalah sosial, masih ada remaja yang menjaga
            agamanya..
VIP 3 : PENCINTA MASJID
            Hatinya terikat dengan masjid.. Dahinya, hidungnya sentiasa mencium tikar sembahyang.
           Bibirnya sentiasa basah dengan zikrullah..
VIP 4 : DUA INSAN YANG BERKASIH SAYANG KERANA ALLAH
            Ia soal hati.. Tak boleh dilakonkan dan didramakan.Persoalannya, atas dasar apakah ia
            dibina?? Perasaan mengasihi kerana Allah lahir apabila melihat seseorang yang sangat
            bersungguh-sungguh mentaati Allah dalam segenap urusan hidupnya.
VIP 5 : PEMUDA YANG MENOLAK APABILA DIGODA UNTUK MELAKUKAN ZINA
VIP 6 : INSAN YANG MENYEMBUNYIKAN SEDEKAHNYA
VIP 7 : INSAN YANG MENGINGATI ALLAH SEHINGGA MENITISKAN AIRMATA..

Nak jadi VIP yang mana? Terpulang.. Kalau saya mampu, saya nak jadi VVIP.. =)

No comments:

Post a Comment