" Dan orang yang beriman, lelaki atau perempuan, sebahagian daripada mereka ialah penolong bagi sebahagian yang lain.Mereka menyuruh mengerjakan perkara yang baik dan mencegah daripada perkara yang buruk. Mereka mendirikan solat, menunaikan zakat dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"
Saudara sekalian.. Sekecil-kecil dan seminimun amar maaruf nahi munkar ialah terhadap keluarga. Sebab itu la, maka kita disyariatkan untuk mencari pendamping (Suami/isteri) hidup dan seterusnya membina sebuah institusi kekeluargaan yang bahagia di atas landasan syarak.. Bagi seorang lelaki, bukannya dengan mencari anak-anak gadis yang berpelesiran dengan baju tak cukup kain, rambut kerinting warna TV3.. Bagi seorang perempuan pula, bukannya nak menggedik, mencari lelaki yang boleh kita jadikan "Sugar Dady".. Cukup dengan sedar diri..Awak tahu hukumnya melakukan penzinaan, maksiat,mengandungkan anak dara orang,jadi pisau cukur.... Semua tu dan yang sama waktu dengannya,, awak akan malu untuk melakukan semua itu.. Bukan sahaja malu terhadap manusia sekeliling malah malu pada Allah..
Kerana itulah, Maha Suci Allah.. DIA gariskan di dalam Al Quran tu, satu panduan hidup yang sangat lengkap.. Daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara tak kiralah apa pun.. Semuanya ada. Macam trademark ASTRO : " Macam-macam adaaa " .. Hanya terpulang kepada kita untuk memilih jalan hidup kita..
Apabila kita tersasar jalan dan ada kawan/guru/ibu bapa/sesiapapun yang menegur, itu sebenarnya kasih sayang Allah.. Tak mahu kita tersasar lebih jauh bersama syaitan yang direjam..
No comments:
Post a Comment