Anak Gunung Training & Motivation

Anak Gunung Training & Motivation
Menilai kehidupan dari sudut yang tersembunyi..

FAQIH BUKAN SANG PEMIMPI..

Assalamualaikum semua!! Hari ni Faqih nak kongsi sedikit berkaitan impian Faqih untuk memiliki sebuah taman penginapan dalam taman..Ini kerana Faqih sangat-sangat minat pada seni alam hijau dan landskap.. Kebetulan pula, Faqih kini sedang menyiapkan satu kertas kerja cadangan pembukaan GreenStay (The first Garden Theme Homestay in Kundasang) sebagai coursework untuk salah satu subjek yang Faqih ambik di kolej Faqih berkaitan dengan managent of pharmacy..Tapi, Faqih pilih projek chalet ini sebab Faqih tak berminat pada benda lain..Hehe..Inilah impian Faqih.. Siapa tahu percaturan Allah kan?? Rezeki ada di mana-mana.. Hanya antara mahu atau tidak je.. Kesinambungan daripada minat Faqih ini, Faqih berkenalan dengan seorang pengasas Wood Art Association of Malaysia semasa Faqih berkunjung ke Festival Kraf Malaysia September 2013 yang lepas.. Melihat pada kecenderungan Faqih dalam bidang kesenian dan hiasan landskap, tanpa ragu-ragu, beliau terus mengambil Faqih sebagai sales agent dan Faqih juga tanpa ragu-ragu terus menyuarakan niat Faqih untuk menjadi salah seorang daripada orang terpenting dalam syarikat beliau.. Alhamdulillah..Dia terima dan InsyaAllah, hujung tahun ini, Faqih dijemput untuk melawat syarikat dan juga kilang operasi produk kayu berkualiti di Kelantan.. Orang selalu mempertikaikan niat Faqih..Tapi, Faqih tak pernah rasa putus asa kerana Faqih masih ada bekalan semangat yang tinggi dalam diri Faqih.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment