Assalamualaikum semua pembaca blog Faqih.. Gambar di atas ni adalah gambar yang Faqih snap kat belakang rumah Faqih di Kundasang,Sabah..SubhanAllah..Faqih tak pernah bosan merenung bukit-bukau ini kerana inilah yang menceritakan segala-galanya tentang kehidupan Faqih.. Kalau diberikan pilihan antara hidup di 'bukit-bukau' ini dengan hidup di tengah-tengah kota metropolitan...Faqih pilih untuk hidup di bukit-bukau ini.. Kenapa tidak di kota sahaja?? Kerana di kota itu hanya ada bangunan-bangunan tinggi yang megah tapi penghuni-penghuninya berjiwa kosong..Di kotalah bersarangnya hati-hati batu..Di situlah segala kemegahan dan kesombongan..Di situlah kekayaan dunia dan kedajalan manusia..Segalanya bersatu membina sebuah kota yang penuh dengan sifat hipokrit.. Faqih tak kata semua..Tapi hakikatnya? Siapa yang mahu menafikan??
Faqih juga kini tinggal di kota yang membangun..Di tengah-tengah limpahan manusia yang pelbagai ragamnya.. Namun, hidup di kota juga telah mengajarkan Faqih tentang satu kehidupan yang baru..Bahawa dalam kehidupan ini..Segala-galanya saling memerlukan antara satu sama lain.. Contoh yang terbaik..Faqih dapat mempelajari dan memiliki sesuatu yang Faqih tidak miliki di 'bukit' kediaman Faqih.. Allahuakbar! Begitu luas percaturan Allah..
Faqih datang bermusafir kerana mahu menuntut ilmu perubatan.. Musafirnya Faqih dengan sehelai sepinggang..Meninggalkan yang tercinta demi cita-cita..Faqih datang tanpa pengisian jiwa.. Namun, Allah memang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Sedikit demi sedikit..Faqih mula belajar erti kehidupan..Bermula dengan Faqih belajar ilmu persilatan pusaka gayong..Faqih mengenali pelbagai jenis manusia..Dari situ, Faqih mencari pengisian untuk menghias hati dan rohani Faqih..Faqih yang sepi bertemu dengan keluarga Haji Noordin..Perkenalan itu memberi erti kepada Faqih tentang kasih sayang sebuah keluarga yang sangat bahagia..Namun Allah tidak mengizinkan pertemuan yang panjang namun Allah tidak membiarkan Faqih sendirian..Dengan kehendakNYA.. Faqih diselamatkan dari arus keduniaan oleh seorang hambaNYA yang sangat Faqih sayangi dunia dan akhirat iaitu "mama".. Kemudian Faqih mula berkenalan dengan kakak-kakak yang banyak mengendalikan program-program keagamaan/kerohanian di kota ini..Faqih terus tersedar..Betapa Allah tak pernah biarkan Faqih keseorangan..Sentiasa DIA aturkan pengisian jiwa dan mengirimkan 'kasih sayangNYA' untuk Faqih..
Wallahu alam.. Allah Maha Adil bagi Faqih.. Dan tiada sesiapapun yang mampu menafikannya..
No comments:
Post a Comment